Faiz memandang langit, menghitung hari yang berlalu. Sudah sebulan rupanya Syafika
pergi. Nampaknya, syafika memang tidak pernah ada hati dengannya. Dia saja yang
tergila-gila, tersua-sua. Buktinya selama tempoh sebulan ini, tidak sekalipun Syafika
menghubunginya. Sentuhan di bahu, mengembalikannya ke alam nyata.
“Ini ke adik akak yang dulunya tabah bila ditinggalkan?” soal Haryanti. Sudah dua malam
Faiz di rumahnya. Dia sering memerhati gelagat Faiz yang asyik termenung dan kemudian
mengeluh. Dia benci melihat situasi adiknya kini. Hilang sudah adiknya yang cekal bila
ditinggalkan kekasih lama dahulu. Tetapi kenapa adiknya ini tidak secekal dan setabah
dulu bila berhadapan dengan Syafika? Di hari-hari terakhir Syafika bekerja dengannya,
gadis itu tenang sahaja. Lantaran itu dia amat terkejut bila tiba-tiba Syafika memberi notis
berhenti 24jam. Sangkanya, Syafika mahu mencari pengalaman di tempat lain, kerana
itulah dia membenarkan Syafika berhenti. Tidak disangkanya Syafika akan terbang jauh.
Jauh ke Eropah!
“Kak, Fika ada call akak?” lain benar bunyinya. Kenapalah dengan adik aku yang seorang
ini, sudah angau dengan Syafikakah? Haryanti bermonolog sendiri. Dia sekadar
menggelengkan kepala. Kasihan sungguh melihat keadaan adiknya ini. Dahulu, dialah yang
memberikan nombor telefon Syafika bila tiba-tiba Faiz memintanya. Sudah parah adikku
ini!
“Agaknya Fika dah lupakan saya tak kak? Satu panggilan telefon pun tak ada. Mesej
lagilah.” Faiz mengeluh untuk kesekian kalinya. Terlalu kebalkah pintu hati Syafika untuk
aku teroka dan taklukinya? Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya buatku andai benar dia
tercipta untukku. Doa Faiz di dalam hati.
“Dah kalau Fika tak call, apa salahnya adik yang call dan bertanya khabar dia. Tak salah
kan?”
Haryanti memberi cadangan. Faiz menggeleng lemah. “Hisy, takkanlah tak dapat jugak
kot?” Haryanti membuat telahan sendiri. Faiz mengangguk kemudiannya. ‘Eh, dah bisu ke
adik aku ni? Sekejap mengangguk, sekejap mengeleng. Alahai adikku sayang, sabarlah.’
HAMPIR terlompat aku dari katil bila mendapati bagitu banyak panggilan dari Malaysia
yang kuterima masuk ke inbox telefonku. Kebanyakannya dari siapa lagi kalau bukan dari
Faiz. Tiba-tiba fikiranku melayang mengingati pertemuan terakhir kami 2minggu lalu.
Kalau aku tidak kuat, mungkin aku takkan sampai hingga ke bumi Eropah ini. Betapa sayu
matanya, menggambarkan dia tidak mahu aku jauh darinya. Tetapi, benarkah begitu?
Atau mata aku aje yang nampak macam tu, sedangkan dihatinya bukan begitu? Perlukah
aku menghubungi Pn Haryanti dan bertanya tentang Faiz? Argh!!! Mengapa mesti aku
bertanya pada Pn Haryanti andai aku yakin bahawa hatinya bukan untuk aku??? Tapi,
tidak salah kalau mencuba. Hatiku berbolak-balik. Tetapi aku terlalu letih saat ini kerana
sejak aku tiba 2minggu lalu, aku langsung ke pejabat yang letaknya cuma beberapa meter
dari rumah penginapanku atau lebih tepat lagi, rumah rehat keluargaku. Terlalu banyak
hal yang perlu aku lakukan hingga aku langsung terlupa tentang Faiz.
Selesai mandi dan solat asar, aku sekali lagi membelek telefonku. Fikiranku melayang lagi.
Bagaimanakah keadaan dia di sana? Sihatkah atau sakitkah dia? Aduhaiii..kenapa harus dia
yangbermain difikiranku dan bukannya orang lain?
“ Dah sampai mana tu, sampai Malaysia?” soalan Ayana menyentak di kalbuku. Entah dari
mana minah ni muncul, aku mengomel sendirian. Aku mengurut dada perlahan. Terkejut
dengan sergahan tiba-tiba dari Ayana tadi.
“Mana ada, kau ni… suka sangat sakat aku!yang kau tu, tak teringat buah hati kau kat
sana ke?” Aku memulangkan paku buah keras. Seringkali aku disakat Ayana ketika aku \
tertangkap sedang berkhayal. Macam tahu-tahu aje apa yang ada dalam fikiranku. Ayana memang bijak kalau bab meneka hati orang!
Aku perasan ayana megerling kearah telefon bimbit yang masih di dalam genggamanku.
Ah, lantaklah ape ayana nak fikir pun! Hatiku berkata-kata. Ayana tersengih sumbing.
Lantas dia duduk dikerusi yang sudah tersedia di dalam bilikku ini. Sebenarnya, bilik kami
cuma bersebelahan. Dalam rumah ini ada empat bilik semuanya. Tiga bilik di tingkat atas
manakala satu bilik tamu di tingkat bawah. Sengaja aku memilih untuk disebelah bilik
Ayana. Senang untuk aku memangilnya jika aku memerlukan apa-apa. Sementara Ayana
pula lebih suka melepak dibilikku sepulangnya kami dari kerja. Aku sudah lali dengan
sikapnya yang suka menyakatku tidak kira masa mahupun tempat.
KESIBUKAN di pejabat menyebabkan aku terus terlupa tentang Faiz, Pn. Haryanti atau
siapa sahaja orang disekelilingku. Bukan mahu menyombong diri, tetapi keadaan yang
menjadikan aku begitu. Bukan aku tak mahu menghubungi, namun masa yang ada amat
terhad. Sedar tak sedar, sudah sebulan aku di bumi New Zealand. Begitu cepat masa
berlalu tanpa aku sedar. Malam tadi, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada
Uncle Zahari. Dia meminta aku segera pulang ke Malaysia memandangkan ada perkara
penting yang harus aku uruskan di sana. Memikirkan hal ini, aku terus mendapatkan
Ayana yang sedang leka dengan novel Inggerisnya.
“Macam mana, kau dah fikirkan tarikh yang sesuai untuk kita balik?” soal Ayana tanpa
sempat aku bersuara. Aku segera menggelangkan kepala. “Laaa… minggu ni pun kau
bukan ada apa-apa appointment penting pun. Cuba kau check dengan secretary kau tu
dulu. Lepas tu, nanti aku arrangekan tarikh dan masa untuk kita berlepas. Kalau tak nak
balik dengan kapal terbang, kita balik dengan helicopter peribadi kau tu, habis cerita!”
ayana melemparkan pandangannya. Aku termangu seketika. Cuba memikir-mikir hari dan
masa yang sesuai. Tiba di pejabat esoknya, aku meminta agar segera Monica masuk ke
bilikku. Terkocoh-kocoh wanita awal tiga puluhan itu menurut langkahku.
“Could you please told me my schedule for this week!” pintaku selepas menyuruh Monica
duduk di sofa, sementara aku duduk berhadapan dengannya. Monica membaca satu
persatu jadual kerjaku bagi minggu itu. Tidak tertinggal satu pun. Mukanya agak
menggelabah bila sesekali aku merenung ke arahnya. Aku tahu, wanita ini tentunya
terkejut apabila tiba-tiba aku bertanyakan mengenai jadual tugasanku untuk seminggu.
Bukan seperti hari-hari sebelum ini. Ada dua appointment penting yang perlu aku hadiri
sepanjang minggu ini, rumusku.
“Please cancel all these appointment.” Aku memberi arahan.
“But, madam…” belum sempat Monica mencelah, aku segera memotong…
“Just cancel all of it!” sedikit keras suaraku kedengaran. Tersentak Monica seketika.
Namun, cepat-cepat dia menundukkan wajah bila mata kami bertembung. Gerun
barangkali. Aku membenarkan Monica keluar setelah yakin tiada apa-apa lagi yang perlu
aku beritahunya. Sebelum itu, sempat aku berpesan kepada Monica agar menguhubungi
Eric, juruterbang helicopter peribadiku supaya memberitahu Eric agar menyediakan
pesawat tersebut untuk aku pulang ke Malaysia pagi esok.
“If there’s any problem, just give me a call.” pesanku lagi sebelum Monica melangkah
keluardari bilikku. Dia hanya menganggukkan kepala tanda mengerti.